// makanan sedap asli
Tooltips Background1 Tooltips Background 2 Tooltips Background 3

Saturday, 14 June 2014 | 18:59 | 0comments

makanan asli sedap
| 00:26 | 0comments

KUIH MANIS

KUIH LAPIS

Dscf1228_resize

Bahan-bahan:
  • 250gm tepung beras
  • 350gm gula - bolh dikurangkan 
  • 250ml air sejuk
  • 300ml air panas
  • 200ml santan pekat - kalau nak lemak tambah lagi santan, dan kurangkan air
  • 1 sdk garam
  • 3 sdb tepung ubi

Cara-cara:

  1. campurkan tepung beras, tepung ubi, gula, garam, dan kacau.
  2. masukkan air sejuk, kacau hingga sebati, dan masukkan air panas. kacau cepat2.
  3. masukkan santan. kacau hingga sebati. bahagi 2. satu taruk clour merah.
  4. kukus berselang seli. setiap lapisan mengambil masa 5 min(+-)
  5. Dscf1231_resize
    kuih yg telah dipotong










APAM BERAS


Bahan-bahan:
  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sudu kecil yis(mauripan) 
  • kelapa parut dengan sedikit garam 
Cara-cara:
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur ( masukkan air sedikit demi sedikit ...blend sampai halus )
  2. Setelah hancur, campurkan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati
  3. Dalam bekas yang lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung.  Kacau sehingga sebati
  5. Perap selama 3 jam
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Hidang besama keluarga apam yang telah siap dengan kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam


TALAM KELADI

1

Bahan-bahan:

     Bahagian atasnya:
  • 2 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan
  • 3 helai daun pandan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk pewarna unggu
     Bahagian bawahnya:
  • 4 cawan santan cair
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan keladi dadu siap direbus
  • 1 biji telur
  • 1 sdk garam

Cara-caranya:

  1. Untuk bahagian atasnya:- Satukan santan pekat,gula pasir dan daun pandan jerang atas dapur dengan api pelahan sekali mengelegak saja tutup api dan biarkan sejuk betul.Setelah sejuk masukan tepung pukul rata dan masukan telur yang dipukul ringan dengan garam dan kacau rata-rata kemudian di tapis dan campurkan dengan perwarna purple ketepikan dulu.
  2. Untuk bahagian bawahnya:- Bancuh tepung beras dengan santan cair dan telur pukul ringan dgn garam dan di kacau rata-rata tapis masukan dalam periok dan jerang atas dapur dengan api pelahan dan kacau selalu supaya tidak bergentel2 setelah pekat masukan pula keladi dadu tadi dan digaul rata dan tuangkan dalam loyang yang siap dialaskan dengan plastik berukuran 14" x 14" rata kan adunan dan kukus selama 5 minit dulu dan tuangkan bahagian atasnya pelahan2 mengunakan senduk dan kukus semula dalam masa 10 minit buka tudung kukus dan lap diatas kuih dengan kertas tisu dan kukus semula selama 15 minit.Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan kain dan kukus dengan api yang pelaha.Selamat mecuba.



TALAM CENDOL

Kuih-talam

Bahan-bahan:

     Lapisan atas:
  • 60gm tepung beras
  • 2 sdb tepung jagung
  • 70 gm gula merah
  • 2 sdb air kapur
  • 200ml air
     Lapisan tengah:
  • 60gm tepung beras
  • 10gm tepung gandum
  • 50gm gula
  • 400ml air
  • 200gm cendol
  • sedikit pewarna hijau
     Lapisan bawah:
  • 60gm tepung beras
  • 10gm tepung gandum
  • 1 biji santan pekat
  • 1/2 sdk garam  

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan untuk setiap lapisan. Setiap lapisan campurkan berasingan.
  2. Masak setiap lapisan atas api yg perlahan,kacau hingga pekat.
  3. Untuk lapisan tengah masukkan cendol apabila bancuhan tadi hampir pekat.
  4. Masukkan dalam acuan dan kukus. Masukkan lapisan bawah , diikuti lapisan tengah dan akhir sekali lapisan atas.
  5. Biarkan sejuk barulah dipotong.



KUIH TAKO / TEPUNG PELITA

Dscn5138

Bahan-bahan:

     Lapisan bawah (hijau):
  • 500ml air - termasuk air perahan daun pandan
  • 35gm tepung jagung
  • 100gm gula kastor
  • 3 biji sengkuang cina - didadu kecil
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna hijau
  • daun untuk acuan @ bekas dadih
     Lapisan atas (putih @ santan)
  • 300ml @ 3/4 botol mineral kecil santan
  • 30gm tepung jagung
  • 1 sdk garam
  • daun pandan untuk mewagikan  

Cara-cara:

  1. UTK LAPISAN ATAS (HIJAU):
  2. Daun pandan diblender, ditapis dan dapatkan jusnya, tambah air sehingga 500ml. Masukkan tpg jagung, gula, garam dan sengkuang cina. Kacau di atas api sederhana hingga masak dan berkilat. Masukkan ke dalam acuan (separuh ketinggian acuan).
  3. UTK LAPISAN BAWAH (SANTAN) :
  4. Masakkan santan, garam, tepung jagung dan daun pandan hingga masak dan berkilat. Masukkan ke dalam acuan.
  5. Sejukkan dan siap utk dimakan 



KUIH KOCI LABU

P3150056

Bahan-bahan:
     
     Untuk pastri:
  • 150gm tepung pulut
  • 150gm labu
     Untuk dadih:
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sdb tepung beras
  • sedikit garam
     Untuk inti:
  • 1 biji kelapa parut
  • 1 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula putih

Cara-cara:

  1. Daun pisang - lap bersih. Potong anggaran 4" x 4". Selepas potong salai daun pisang.
  2. Untuk pastri - bersihkan labu. Rebus labu sehingga empuk. Kemudian lenyekkan labu dan uli dengan tepung pulut (macam buat kuih koci biasa)
  3. Untuk inti - Didih gula merah dengan sedikit air. Tapiskan gula merah. Dalam periuk masukkan gula merah, gula pasir, kelapa parut dan masak sehingga sebati. Sebelum padamkan api, masukkan kacang hijau yang telah direbus dan kacau lagi. Inti siap.
  4. Biasanye kak ogy akan biar inti sejuk kemudian bulat2kan inti kecil2. Anggaran duit 20 sen supaya mudah untuk diletakkan atas pastri dan bungkus pastri.
  5. Untuk dadih - masukkan santan, tepung beras dan sedikit garam. Masak sehingga mendidih. Kemudian letak dadih dalam bekas besar.
  6. Jerangkan air dalam periuk hingga mendidih. Ambil sedikit pastri, leperkan, letakkan inti kelapa dan bulatkan pastri. Kemudian masukkan kuih kedalam air mendidih dan rebus sehingga timbul (macam buat kuih buah melaka). Angkat kuih dan masukkan kedalam dadih. Buat sehingga habis.
  7. Dah siap rebus kuih, gunakan sudu ambil sebiji kuih dan sedikit dadih dan bungkus kuih koci labu sehingga habis.
  8. Kata-kata dari Kak ogy. Dadih jangan masak terlalu pekat. Kalau terpekat tambahkan dengan sedikit air panas dan kacau. Gambar yang kak ogy tempelkan dadihnyer terpekat sbb buat banyak orang order untuk kenduri 500 biji. Berpinau mata membuatnya.



PUTRI AYU

Images

Bahan-bahan:
  • 250gm tepung gandum
  • 250ml santan
  • 300gm gula
  • 5 biji telur
  • 2 sdk ovellete
  • 2 sdk paste pandan
  • 1 sdk baking powder
  • sedikit pewarna hijau
  • kelapa putih digaul dengan garam dan tepung ubi 
Cara-cara:

  1. Pukul telur, gula dan ovallete hingga kembang dan gebu. Kemudia masukkan santan, tepung gandum, bakin powder, paste pandan dan perwarna hijau dan kacau lagi hingga sebati.
  2. Sapu sedikit minyak kepada acuan. masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. Masukkan adunan tepung dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
  3. Selamat mencuba!!!!! :)

KUIH SERI MUKA / PUTERI SALAT

Dsc00720

Bahan-bahan:
     
     lapisan bawah:
  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair
  • 1 sdk garam
  • 2 sdb minyak
     lapisan bawah:
  • 129gm tepung gandum
  • 3 sdb tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 1/2 sdk garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar untuk dijadikan air pandan (bagi yang tak mudah nak dapatkan daun pandan... boleh digantikan dengan 1sdk paste pandan)

Cara-cara:


  1. Untuk lapisan bawah:-
  2. A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  3. B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  4. C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
  5. D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  6. E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  7. F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  8. Untuk lapisan atas:-
  9. 1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
  10. 2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  11. 3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
  12. 4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
  13. PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!


KUIH DANGAI GULA MELAKA 

Kuih_dangai_gula_melaka

Bahan-bahan (loyang 7x7 atau 2x acuan pecah 8):
  • 150gm tepung pulut (1 1/2 cawan)
  • 150gm kelapa parut putih (1 3/4 cawan)
  • 1/2 sdk garam
  • 100gm gula melaka*
  • 30gm kelapa parut putih*

Cara-cara:

  1. Gaul 4 bahan pertama hingga rata tapi masih bederai dan dibahagi 2.
  2. Kuih_dangai_gula_melaka_tpg_n_gula
    Gula melaka dan kelapa parut putih* digaul rata dan ketepikan.
  3. Kuih_dangai_lapis_gula_melaka
    Loyang disapu sedikit minyak sekeliling,isikan dengan 1/2 bahagian adunan tepung tadi,ratakan dan tekan perlahan dan mampat dan bubuh campuran gula melaka dan ratakan.Akhir sekali ratakan pula 1/2 bahagian adunan lagi dan ratakan dan tekan perlahan2.
  4. Kuih_dangai_acuan_pch_8
    Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pd suhu 150C selama 30 min atau hingga permukaan kuih kelihatan garing.
  5. ***Untuk lapisan pertama,selepas dimampatkan, akak bakar sebentar selama 5-7 min(resipi asal tk bakar),baru lapis dgn gula melaka dan lapiskan adunan tepung kedua..
  6. Kuih_dangai_gula_melaka_d_saji
    Sejukkan kuih dan potong dan hidangkan...kuih ini lebih mudah dipotong ketika masih hangat sebab masih lembut.





KUIH ABUK-ABUK

Pcdv0016

Bahan-bahan:
  • 2 cawan biji sagu
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 3 sdb gula merah
  • 3 sdb gula pasir
  • secubit garam
  • 10 calong daun pisang. Lidi penyepit

Cara-cara:


  1. Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  2. Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
  3. Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.
  5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.


LEPAT PISANG

Lepat_024

Bahan-bahan:
  • 20 keping daun pisang dipotong segiempat sama
  • 4 biji pisang dilenyek halus
  • 70gm tepung gandum
  • 30gm tepung jagung
  • 70gm gula melaka dicincang halus
  • 4 sdb pati santan
  • secubit garam
Cara-cara:


  1. Lepat_007
    layukan daun pisang dlm air panas selama 30 saat.keringkan.
  2. Lepat_016
    pisang yg sudah dilenyek,dicampur dgn tpg gandum,tpg jagung,gula,garam dan pati santan.
  3. kalau adunan lembut,tambah tpg gandum skit.sebaliknya,jika keras tambah pati santan lagi.
  4. Lepat_021
    adunan tadi diambil satu sudu besar dan letak atas daun pisang.
  5. Lepat_020
    daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung untuk membungkus.
  6. Lepat_023
    air dlm pengukus biar mendidih dahulu sebelum letak lepat.kukus 20 minit.kemudian tambah air dlm pengukus dan kukus lepat selama 10 minit lagi.
  7. Selamat Menjamu Selera & Selamat Menambah Amalan di bulan yg mulia ini!


KUIH KERIA / KUIH GELANG

P3100570

Bahan-bahan:
  • 7 biji ubi keledek
  • 500gm tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • sedikit garam
  • air
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Rebus ubi hingga empuk. Keluarkan ke dalam bekas, lenyek-lenyekkan. biar sejuk sebentar. Campurkan garam kedalam ubi tadi dan kemudian tepung dan adun hingga boleh membentuk dan tidak melekat pada tangan (jika masih lembik, boleh tambahkan tepung)
  2. P3173397
    Ambil adunan sedikit dan bentukkan bulat. Tekan dan buat leper sedikit (jangan terlalu leper atau nipis) dan kemudian buat lubang di tengah-tengah dengan menggunakan jari. Ulang semula hingga habis. Setelah itu, gorengkan hingga masak.
  3. Masak gula dan air hingga menjadi agak likat, masukkan ubi yang telah digoreng tadi dan balik-balikan sebentar. Tutup api dan hidangkan.




kuih malaysia
Friday, 13 June 2014 | 22:48 | 0comments
KUIH PEDAS

PULUT PANGGANG


Bahan-bahan:
  • 4 cawan beras pulut
  • 4 cawan santan
  • garam secukup rasa
  • 1 mangkuk serunding daging
  • beberapa helai daun pandan
  • 4 keping lebar pelepah pisang

Cara-cara:

  1. Pulutpgang1
    cuci beras pulut dengan air suam
  2. Pulutpgang2
    masukkan santan+garam+daun pandan
  3. Pulutpgang3
    tutup dan masukkan dalam microwave - tekan kat 'rice' atau set sekitar 15mins (kacau setiap 5 mins supaya pulut masak rata)
  4. Pulutpgang4
    bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya
  5. Pulutpgang6
    ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang
  6. Pulutpgang7
    ambil 1-2 sudu makan serunding daging dang letak di tengah2 pulut tadi
  7. Pulutpgang8
    tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup
  8. Pulutpgang10
    gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya
  9. Dsc00585
    letak atas api dan balik2kan hingga garing
  10. Dsc00586
    makan masa panas-panas... best!







DONAT PEDAS



Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sdk dougth softener
  • 2 sdk yis kering
  • 1/2 cawan mentega
  • 1 cawan air
  • 2 sdb susu pekat
  • 1/2 sdk garam
  • 2/3 sdk gula


Cara-cara:
  1. cairkan mentega,masukkan susu pekat,kemudian garam dan gula..selepas cair kesemua tutup api.
  2. dalam mangkuk lain,satukan tepung dan yis,gaul hingga rata.kemudian masukkan dought softener.
  3. kemudian campurkan campuran mentega tadi,uli adunan tersebut sehingga jadi doh dan tidak melekit.jika kelihatan melekit,tambahkan sedikit tepung.
  4. cetakkan menjadi donut,kemudian biarkan selama 1/2 jam untuk adunannya naik
  5. kemudian goreng ia dengan  minyak penuh,api jangan terlalu kuat..goreng hingga keperangan.


Bahan untuk sambal :

  • 10 sudu besar cili kering(terpulang berapa banyak nak letak)
  • air secukupnya
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • garam dan gula secukupnya...(rasa dahulu,jangan terlebih sangat garan dan gula)


Cara-cara membuat sambal:
  1. tumis bawang putih dan merah,pastikan lada betul-betul garing.jangan sampai hangus.
  2. masukkan garam secukup rasa dan gula secukup rasa.
  3. selepas mendapat sambal yang likat dan garing,masukkan donut yang telah di goreng tadi.
  4. pastikan gaul sambal rata pada donut itu.hidangkan.



PAU SAMBAL




Bahan-bahan untuk sambal:

  • 2 bijik bawang merah (sebijik untuk dikisar,sebijik lagi untuk dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan(dikisar)
  • ikan bilis (ikot nak banyak mana.cuci bersih-bersih)
  • 15 tangkai cili kering(dikisar)
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • sedikit gula
  • sedikit garam

Cara-cara:
  1. tumis bahan kisa tadi hinga naik bau dan garing,kemudian masukkan cili kisar tadi.
  2. masukkan bawang yang di hiris tadi.
  3. setelah pecah minyak masukkan ikan bili.kecilkan api masukkan air asam.
  4. perasakan dengan gula dan garam.tumis hingga sambal garing & kering.

Bahan untuk doh:

  • *200g tepung gandum
  • *140ml susu/ air (guna air/susu pada suhu bilik)
  • *2 sudu besar butter/margerin
  • *2 1/2 sudu besar gula halus
  • *1/2 sudu kecil garam
  • *2 sudu kecil mauripan
  • minyak untuk menggoreng
  • timun (dihiris)



Cara-cara:
  1.    Satukan bahan2 yang bertanda *. Satukan sekali tau. Jangan tambah air/susu sket2 sampai habis.Nanti kuih keras. So,masuk je semua bahan * tu sekaligus.. Kemudian uli sampai sebati dan adunan tidak melekat pada tangan. kalau lembik, tambahkan sedikit tepung. Buat bulat besar camni.
  2.  Tutup besen tadi ngan kain lembap (supaya doh tak kering)dan biarkan doh naik 2 kali ganda.
  3. Kemudian tumbuk2 doh tadi untuk keluarkan angin. jangan la korang bertinju cam sapok biki sukan komanwel pula tau.. hehe. cukup tumbuk sket2...
  4. Kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian.Buat bentuk bulat..
  5. Pastikan buat bulat tu kan, mesti kemas.. nak2 permukaan dia.. kalau leh licinkan masa gentel tu. nanti kalau tak kemas, korang nye kuih leh ternganga/pecah permukaan dia dan tak jadi bulat lawa. Biarkan bulat2 ni naik 2 kali ganda lagi.
  6. Ha... leh juga buat camni... bulatkan then tekan ngan garfu. lepas goreng golek2kan kat atas gula... Jadi macam donat yang org cucuk kat lidi macam jual kat bakery tu...sedap juga tau!
  7. Goreng doh tadi dalam minyak yang betul2 panas... sebab kalau minyak anda kurang panas.. kuih akan meresap banyak minyak.... Bila makan nanti tak sedap macam rasa muak2....tapi pastikan selalu balik2kan dia.. nanti hangus pula...
  8. Tos dan ketepikan kuih tadi.... Bila dah sejuk, belah 2 macam ala2 batu belah batu bertangkup.... tapi jangan putus tau.....letak sambal tadi... kemudian letak pula timun...
  9. ha... dah siap pun.. boleh la dimakan =)



KARIPAP

Karipap_mak_yam

Bahan-bahan:

     kulit karipap:
  • 1kg tepung gandum
  • 300gm marjerin
  • 1 sdk garam
  • air secukupnya
     inti karipap:
  • 500gm ubi kentang
  • 250gm isi ayam
  • 1 paket kecil serbuk kari ayam baba's
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • setangkai daun kari
  • garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
  • minyak untuk menumis dan menggoreng
  • air secukupnya

Cara-cara:
  1. Adunkan bahan-bahan kulit karipap hingga menjadi doh.Uli sampai benar-benar lembut.Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga naik baru.Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan masukkan ke dalam bawang yang ditumis tadi.Kacau seketika.
  3. Tambahkan sedikit air dan masukkan kentang yang telah direbus tadi bersama ayam.Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.Masak hingga kering.Angkat dan lecekkan inti ini.Jangan terlalu halus.
  4. Ulikan doh dan canai kan sederhana nipis.Terapkan acuan karipap.Masukkan inti ke dalam kulit yang telah diterap.Tutupkan acuan.Keluarkan karipap dan kelimkan tepinya.Buat hingga habis adunan.
  5. Panaskan minyak.Goreng karipap hingga masak dan garing.Sedia utk hidangan.


POPIAH BASAH

Dsc01933

Bahan-bahan:

     untuk kulit popiah:
  • 1 cawan tepung gandum
  • sedikit air garam
  • putih telur
     untuk inti:
  • daikon - potong memanjang
  • lobak merah -potong memanjang
  • taugeh, kacang panjang - potong kecil2
  • kacang tanah goreng - tumbuk halus
  • bawang goreng, tauhu goreng dan telur dadar -potong dadau
     untuk sos:
  • 1 sdb cili blender
  • 1-2 biji buah prune @ kurma
  • sos tomato, sos cili, garam dan gula
  • cuka - jika suka

Cara-cara:

  1. Dsc01916
    kulit popiah satukan tepung dan air garam dan putih telur hingga sebati. ( agak -agak seperti hendak membuat cucur.) panaskan non stick pan , perlahan kan api. sapukan doh atas pan senipis yang boleh dengan cepat. angkat dan buatkan untuk kepingan seterusnya.
  2. Untuk sos ; panaskan sedikit minyak, tumis sedikit bawang, masukkan cili blender, prune, sos tomato, sos cili, garam dan gula...rasa ..kalau Ok ..didihkan dan angkat.
  3. Dsc01923
    Untuk inti . Setelah sos siap, boleh guna periuk sos dgn saki baki sos ya ada. Masukkan daikon, karot, dan taugeh.. boleh tambah sikit sos yg telah siap jika suka.
  4. Dsc01927
    Untuk membalut popiah . Letakkan kulit yg telah siap, sapukan sos, taburkan kacang, tauhu, bawang goreng( jika suka) , telur dan inti.
  5. Gulungkan seperti kuih gulung ...siap untuk di makan


KUIH CARA PEDAS / KUIH CARA BERLAUK

Bahan-bahan:

      untuk inti:
  • 200 gm daging kisar
  • 2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering
  • Sedikit daun bawang/sup di racik2 dan lada merah di potong serong
  • Garam dan sedikit gula

     untuk adunan tepung:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

Cara-cara:

     menyediakan inti:
  1. Blend atau tumbuk bwng putih dan bwng merah sehingga lumat. Tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit je.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bhn yg di tumbuk, masukkan rempah kari yg di bancuh dngn sedikit air dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
  5. Setelah siap...angkat dan ketepikan dulu.

    menyediakan adunan tepung:
  1. Pukul telur + garam.Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  2. Kalau berketul2, terpaksalah di tapis dahulu adunan ini. Titikkan sedikit pewarna.
  3. Saya gunakan blender je, lagi senang.
    
    memasak kuih:
  1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  2. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
  3. Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun bwng.
  4. Tutup gunakan tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.


KUIH SIPUT PEDAS

kuihsiputpedas

Bahan-bahan:
  • 1 kg tepung gandum
  • 2 sdk jintan manis
  • 2 biji telur gred A - dipecahkan
  • 200gm udang kering - dikisar
  • 15 biji cili kering - dikisar @ ikut kepedasan masing2
  • 3 sdb mentega - dicairkan
  • 3 tangkai daun kari
  • garam secukup rasa




Put Your Code Cbox Here~.