// makanan sedap asli
Tooltips Background1 Tooltips Background 2 Tooltips Background 3

kuih malaysia
Friday, 13 June 2014 | 22:48 | 0comments
KUIH PEDAS

PULUT PANGGANG


Bahan-bahan:
  • 4 cawan beras pulut
  • 4 cawan santan
  • garam secukup rasa
  • 1 mangkuk serunding daging
  • beberapa helai daun pandan
  • 4 keping lebar pelepah pisang

Cara-cara:

  1. Pulutpgang1
    cuci beras pulut dengan air suam
  2. Pulutpgang2
    masukkan santan+garam+daun pandan
  3. Pulutpgang3
    tutup dan masukkan dalam microwave - tekan kat 'rice' atau set sekitar 15mins (kacau setiap 5 mins supaya pulut masak rata)
  4. Pulutpgang4
    bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya
  5. Pulutpgang6
    ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang
  6. Pulutpgang7
    ambil 1-2 sudu makan serunding daging dang letak di tengah2 pulut tadi
  7. Pulutpgang8
    tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup
  8. Pulutpgang10
    gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya
  9. Dsc00585
    letak atas api dan balik2kan hingga garing
  10. Dsc00586
    makan masa panas-panas... best!







DONAT PEDAS



Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sdk dougth softener
  • 2 sdk yis kering
  • 1/2 cawan mentega
  • 1 cawan air
  • 2 sdb susu pekat
  • 1/2 sdk garam
  • 2/3 sdk gula


Cara-cara:
  1. cairkan mentega,masukkan susu pekat,kemudian garam dan gula..selepas cair kesemua tutup api.
  2. dalam mangkuk lain,satukan tepung dan yis,gaul hingga rata.kemudian masukkan dought softener.
  3. kemudian campurkan campuran mentega tadi,uli adunan tersebut sehingga jadi doh dan tidak melekit.jika kelihatan melekit,tambahkan sedikit tepung.
  4. cetakkan menjadi donut,kemudian biarkan selama 1/2 jam untuk adunannya naik
  5. kemudian goreng ia dengan  minyak penuh,api jangan terlalu kuat..goreng hingga keperangan.


Bahan untuk sambal :

  • 10 sudu besar cili kering(terpulang berapa banyak nak letak)
  • air secukupnya
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • garam dan gula secukupnya...(rasa dahulu,jangan terlebih sangat garan dan gula)


Cara-cara membuat sambal:
  1. tumis bawang putih dan merah,pastikan lada betul-betul garing.jangan sampai hangus.
  2. masukkan garam secukup rasa dan gula secukup rasa.
  3. selepas mendapat sambal yang likat dan garing,masukkan donut yang telah di goreng tadi.
  4. pastikan gaul sambal rata pada donut itu.hidangkan.



PAU SAMBAL




Bahan-bahan untuk sambal:

  • 2 bijik bawang merah (sebijik untuk dikisar,sebijik lagi untuk dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan(dikisar)
  • ikan bilis (ikot nak banyak mana.cuci bersih-bersih)
  • 15 tangkai cili kering(dikisar)
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • sedikit gula
  • sedikit garam

Cara-cara:
  1. tumis bahan kisa tadi hinga naik bau dan garing,kemudian masukkan cili kisar tadi.
  2. masukkan bawang yang di hiris tadi.
  3. setelah pecah minyak masukkan ikan bili.kecilkan api masukkan air asam.
  4. perasakan dengan gula dan garam.tumis hingga sambal garing & kering.

Bahan untuk doh:

  • *200g tepung gandum
  • *140ml susu/ air (guna air/susu pada suhu bilik)
  • *2 sudu besar butter/margerin
  • *2 1/2 sudu besar gula halus
  • *1/2 sudu kecil garam
  • *2 sudu kecil mauripan
  • minyak untuk menggoreng
  • timun (dihiris)



Cara-cara:
  1.    Satukan bahan2 yang bertanda *. Satukan sekali tau. Jangan tambah air/susu sket2 sampai habis.Nanti kuih keras. So,masuk je semua bahan * tu sekaligus.. Kemudian uli sampai sebati dan adunan tidak melekat pada tangan. kalau lembik, tambahkan sedikit tepung. Buat bulat besar camni.
  2.  Tutup besen tadi ngan kain lembap (supaya doh tak kering)dan biarkan doh naik 2 kali ganda.
  3. Kemudian tumbuk2 doh tadi untuk keluarkan angin. jangan la korang bertinju cam sapok biki sukan komanwel pula tau.. hehe. cukup tumbuk sket2...
  4. Kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian.Buat bentuk bulat..
  5. Pastikan buat bulat tu kan, mesti kemas.. nak2 permukaan dia.. kalau leh licinkan masa gentel tu. nanti kalau tak kemas, korang nye kuih leh ternganga/pecah permukaan dia dan tak jadi bulat lawa. Biarkan bulat2 ni naik 2 kali ganda lagi.
  6. Ha... leh juga buat camni... bulatkan then tekan ngan garfu. lepas goreng golek2kan kat atas gula... Jadi macam donat yang org cucuk kat lidi macam jual kat bakery tu...sedap juga tau!
  7. Goreng doh tadi dalam minyak yang betul2 panas... sebab kalau minyak anda kurang panas.. kuih akan meresap banyak minyak.... Bila makan nanti tak sedap macam rasa muak2....tapi pastikan selalu balik2kan dia.. nanti hangus pula...
  8. Tos dan ketepikan kuih tadi.... Bila dah sejuk, belah 2 macam ala2 batu belah batu bertangkup.... tapi jangan putus tau.....letak sambal tadi... kemudian letak pula timun...
  9. ha... dah siap pun.. boleh la dimakan =)



KARIPAP

Karipap_mak_yam

Bahan-bahan:

     kulit karipap:
  • 1kg tepung gandum
  • 300gm marjerin
  • 1 sdk garam
  • air secukupnya
     inti karipap:
  • 500gm ubi kentang
  • 250gm isi ayam
  • 1 paket kecil serbuk kari ayam baba's
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • setangkai daun kari
  • garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
  • minyak untuk menumis dan menggoreng
  • air secukupnya

Cara-cara:
  1. Adunkan bahan-bahan kulit karipap hingga menjadi doh.Uli sampai benar-benar lembut.Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga naik baru.Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan masukkan ke dalam bawang yang ditumis tadi.Kacau seketika.
  3. Tambahkan sedikit air dan masukkan kentang yang telah direbus tadi bersama ayam.Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.Masak hingga kering.Angkat dan lecekkan inti ini.Jangan terlalu halus.
  4. Ulikan doh dan canai kan sederhana nipis.Terapkan acuan karipap.Masukkan inti ke dalam kulit yang telah diterap.Tutupkan acuan.Keluarkan karipap dan kelimkan tepinya.Buat hingga habis adunan.
  5. Panaskan minyak.Goreng karipap hingga masak dan garing.Sedia utk hidangan.


POPIAH BASAH

Dsc01933

Bahan-bahan:

     untuk kulit popiah:
  • 1 cawan tepung gandum
  • sedikit air garam
  • putih telur
     untuk inti:
  • daikon - potong memanjang
  • lobak merah -potong memanjang
  • taugeh, kacang panjang - potong kecil2
  • kacang tanah goreng - tumbuk halus
  • bawang goreng, tauhu goreng dan telur dadar -potong dadau
     untuk sos:
  • 1 sdb cili blender
  • 1-2 biji buah prune @ kurma
  • sos tomato, sos cili, garam dan gula
  • cuka - jika suka

Cara-cara:

  1. Dsc01916
    kulit popiah satukan tepung dan air garam dan putih telur hingga sebati. ( agak -agak seperti hendak membuat cucur.) panaskan non stick pan , perlahan kan api. sapukan doh atas pan senipis yang boleh dengan cepat. angkat dan buatkan untuk kepingan seterusnya.
  2. Untuk sos ; panaskan sedikit minyak, tumis sedikit bawang, masukkan cili blender, prune, sos tomato, sos cili, garam dan gula...rasa ..kalau Ok ..didihkan dan angkat.
  3. Dsc01923
    Untuk inti . Setelah sos siap, boleh guna periuk sos dgn saki baki sos ya ada. Masukkan daikon, karot, dan taugeh.. boleh tambah sikit sos yg telah siap jika suka.
  4. Dsc01927
    Untuk membalut popiah . Letakkan kulit yg telah siap, sapukan sos, taburkan kacang, tauhu, bawang goreng( jika suka) , telur dan inti.
  5. Gulungkan seperti kuih gulung ...siap untuk di makan


KUIH CARA PEDAS / KUIH CARA BERLAUK

Bahan-bahan:

      untuk inti:
  • 200 gm daging kisar
  • 2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering
  • Sedikit daun bawang/sup di racik2 dan lada merah di potong serong
  • Garam dan sedikit gula

     untuk adunan tepung:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

Cara-cara:

     menyediakan inti:
  1. Blend atau tumbuk bwng putih dan bwng merah sehingga lumat. Tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit je.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bhn yg di tumbuk, masukkan rempah kari yg di bancuh dngn sedikit air dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
  5. Setelah siap...angkat dan ketepikan dulu.

    menyediakan adunan tepung:
  1. Pukul telur + garam.Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  2. Kalau berketul2, terpaksalah di tapis dahulu adunan ini. Titikkan sedikit pewarna.
  3. Saya gunakan blender je, lagi senang.
    
    memasak kuih:
  1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  2. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
  3. Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun bwng.
  4. Tutup gunakan tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.


KUIH SIPUT PEDAS

kuihsiputpedas

Bahan-bahan:
  • 1 kg tepung gandum
  • 2 sdk jintan manis
  • 2 biji telur gred A - dipecahkan
  • 200gm udang kering - dikisar
  • 15 biji cili kering - dikisar @ ikut kepedasan masing2
  • 3 sdb mentega - dicairkan
  • 3 tangkai daun kari
  • garam secukup rasa



| Newer Post

Put Your Code Cbox Here~.