makanan asli sedap
Saturday, 14 June 2014 | 00:26 | 0comments
KUIH MANIS
KUIH LAPIS
Bahan-bahan:
- 250gm tepung beras
- 350gm gula - bolh dikurangkan
- 250ml air sejuk
- 300ml air panas
- 200ml santan pekat - kalau nak lemak tambah lagi santan, dan kurangkan air
- 1 sdk garam
- 3 sdb tepung ubi
Cara-cara:
- campurkan tepung beras, tepung ubi, gula, garam, dan kacau.
- masukkan air sejuk, kacau hingga sebati, dan masukkan air panas. kacau cepat2.
- masukkan santan. kacau hingga sebati. bahagi 2. satu taruk clour merah.
- kukus berselang seli. setiap lapisan mengambil masa 5 min(+-)
- kuih yg telah dipotong
APAM BERAS
-001.jpg)
Bahan-bahan:
- 2 cawan nasi
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan tepung beras
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 2 1/2 cawan air
- 2 sudu kecil yis(mauripan)
- kelapa parut dengan sedikit garam
Cara-cara:
- Blend nasi dan air sehingga hancur ( masukkan air sedikit demi sedikit ...blend sampai halus )
- Setelah hancur, campurkan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati
- Dalam bekas yang lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
- Selepas itu masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati
- Perap selama 3 jam
- Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain
- Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
- Hidang besama keluarga apam yang telah siap dengan kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam
TALAM KELADI
Bahan-bahan:
Bahagian atasnya:
- 2 cawan gula pasir
- 4 cawan santan
- 3 helai daun pandan
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sdk garam
- 1 sdk pewarna unggu
Bahagian bawahnya:
- 4 cawan santan cair
- 2 cawan tepung beras
- 1 cawan keladi dadu siap direbus
- 1 biji telur
- 1 sdk garam
Cara-caranya:
- Untuk bahagian atasnya:- Satukan santan pekat,gula pasir dan daun pandan jerang atas dapur dengan api pelahan sekali mengelegak saja tutup api dan biarkan sejuk betul.Setelah sejuk masukan tepung pukul rata dan masukan telur yang dipukul ringan dengan garam dan kacau rata-rata kemudian di tapis dan campurkan dengan perwarna purple ketepikan dulu.
- Untuk bahagian bawahnya:- Bancuh tepung beras dengan santan cair dan telur pukul ringan dgn garam dan di kacau rata-rata tapis masukan dalam periok dan jerang atas dapur dengan api pelahan dan kacau selalu supaya tidak bergentel2 setelah pekat masukan pula keladi dadu tadi dan digaul rata dan tuangkan dalam loyang yang siap dialaskan dengan plastik berukuran 14" x 14" rata kan adunan dan kukus selama 5 minit dulu dan tuangkan bahagian atasnya pelahan2 mengunakan senduk dan kukus semula dalam masa 10 minit buka tudung kukus dan lap diatas kuih dengan kertas tisu dan kukus semula selama 15 minit.Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan kain dan kukus dengan api yang pelaha.Selamat mecuba.
TALAM CENDOL
Bahan-bahan:
Lapisan atas:
- 60gm tepung beras
- 2 sdb tepung jagung
- 70 gm gula merah
- 2 sdb air kapur
- 200ml air
Lapisan tengah:
- 60gm tepung beras
- 10gm tepung gandum
- 50gm gula
- 400ml air
- 200gm cendol
- sedikit pewarna hijau
Lapisan bawah:
- 60gm tepung beras
- 10gm tepung gandum
- 1 biji santan pekat
- 1/2 sdk garam
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan untuk setiap lapisan. Setiap lapisan campurkan berasingan.
- Masak setiap lapisan atas api yg perlahan,kacau hingga pekat.
- Untuk lapisan tengah masukkan cendol apabila bancuhan tadi hampir pekat.
- Masukkan dalam acuan dan kukus. Masukkan lapisan bawah , diikuti lapisan tengah dan akhir sekali lapisan atas.
- Biarkan sejuk barulah dipotong.
KUIH TAKO / TEPUNG PELITA
Bahan-bahan:
Lapisan bawah (hijau):
- 500ml air - termasuk air perahan daun pandan
- 35gm tepung jagung
- 100gm gula kastor
- 3 biji sengkuang cina - didadu kecil
- sedikit garam
- sedikit pewarna hijau
- daun untuk acuan @ bekas dadih
Lapisan atas (putih @ santan)
- 300ml @ 3/4 botol mineral kecil santan
- 30gm tepung jagung
- 1 sdk garam
- daun pandan untuk mewagikan
Cara-cara:
- UTK LAPISAN ATAS (HIJAU):
- Daun pandan diblender, ditapis dan dapatkan jusnya, tambah air sehingga 500ml. Masukkan tpg jagung, gula, garam dan sengkuang cina. Kacau di atas api sederhana hingga masak dan berkilat. Masukkan ke dalam acuan (separuh ketinggian acuan).
- UTK LAPISAN BAWAH (SANTAN) :
- Masakkan santan, garam, tepung jagung dan daun pandan hingga masak dan berkilat. Masukkan ke dalam acuan.
- Sejukkan dan siap utk dimakan
KUIH KOCI LABU
Bahan-bahan:
Untuk pastri:
- 150gm tepung pulut
- 150gm labu
Untuk dadih:
- 3 cawan santan pekat
- 2 sdb tepung beras
- sedikit garam
Untuk inti:
- 1 biji kelapa parut
- 1 1/2 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula putih
Cara-cara:
- Daun pisang - lap bersih. Potong anggaran 4" x 4". Selepas potong salai daun pisang.
- Untuk pastri - bersihkan labu. Rebus labu sehingga empuk. Kemudian lenyekkan labu dan uli dengan tepung pulut (macam buat kuih koci biasa)
- Untuk inti - Didih gula merah dengan sedikit air. Tapiskan gula merah. Dalam periuk masukkan gula merah, gula pasir, kelapa parut dan masak sehingga sebati. Sebelum padamkan api, masukkan kacang hijau yang telah direbus dan kacau lagi. Inti siap.
- Biasanye kak ogy akan biar inti sejuk kemudian bulat2kan inti kecil2. Anggaran duit 20 sen supaya mudah untuk diletakkan atas pastri dan bungkus pastri.
- Untuk dadih - masukkan santan, tepung beras dan sedikit garam. Masak sehingga mendidih. Kemudian letak dadih dalam bekas besar.
- Jerangkan air dalam periuk hingga mendidih. Ambil sedikit pastri, leperkan, letakkan inti kelapa dan bulatkan pastri. Kemudian masukkan kuih kedalam air mendidih dan rebus sehingga timbul (macam buat kuih buah melaka). Angkat kuih dan masukkan kedalam dadih. Buat sehingga habis.
- Dah siap rebus kuih, gunakan sudu ambil sebiji kuih dan sedikit dadih dan bungkus kuih koci labu sehingga habis.
- Kata-kata dari Kak ogy. Dadih jangan masak terlalu pekat. Kalau terpekat tambahkan dengan sedikit air panas dan kacau. Gambar yang kak ogy tempelkan dadihnyer terpekat sbb buat banyak orang order untuk kenduri 500 biji. Berpinau mata membuatnya.
PUTRI AYU
Bahan-bahan:
- 250gm tepung gandum
- 250ml santan
- 300gm gula
- 5 biji telur
- 2 sdk ovellete
- 2 sdk paste pandan
- 1 sdk baking powder
- sedikit pewarna hijau
- kelapa putih digaul dengan garam dan tepung ubi
Cara-cara:
- Pukul telur, gula dan ovallete hingga kembang dan gebu. Kemudia masukkan santan, tepung gandum, bakin powder, paste pandan dan perwarna hijau dan kacau lagi hingga sebati.
- Sapu sedikit minyak kepada acuan. masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. Masukkan adunan tepung dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
- Selamat mencuba!!!!! :)
KUIH SERI MUKA / PUTERI SALAT
Bahan-bahan:
lapisan bawah:
- 500gm beras pulut
- 400ml santan cair
- 1 sdk garam
- 2 sdb minyak
lapisan bawah:
- 129gm tepung gandum
- 3 sdb tepung jagung
- 140gm gula
- 3 biji telur
- 450ml santan pekat
- 1/2 sdk garam
- 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar untuk dijadikan air pandan (bagi yang tak mudah nak dapatkan daun pandan... boleh digantikan dengan 1sdk paste pandan)
Cara-cara:
- Untuk lapisan bawah:-
- A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
- B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
- C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
- D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
- E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
- F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
- Untuk lapisan atas:-
- 1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
- 2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
- 3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
- 4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
- PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
KUIH DANGAI GULA MELAKA
Bahan-bahan (loyang 7x7 atau 2x acuan pecah 8):
- 150gm tepung pulut (1 1/2 cawan)
- 150gm kelapa parut putih (1 3/4 cawan)
- 1/2 sdk garam
- 100gm gula melaka*
- 30gm kelapa parut putih*
Cara-cara:
- Gaul 4 bahan pertama hingga rata tapi masih bederai dan dibahagi 2.
-
Gula melaka dan kelapa parut putih* digaul rata dan ketepikan.
-
Loyang disapu sedikit minyak sekeliling,isikan dengan 1/2 bahagian adunan tepung tadi,ratakan dan tekan perlahan dan mampat dan bubuh campuran gula melaka dan ratakan.Akhir sekali ratakan pula 1/2 bahagian adunan lagi dan ratakan dan tekan perlahan2.
-
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pd suhu 150C selama 30 min atau hingga permukaan kuih kelihatan garing.
- ***Untuk lapisan pertama,selepas dimampatkan, akak bakar sebentar selama 5-7 min(resipi asal tk bakar),baru lapis dgn gula melaka dan lapiskan adunan tepung kedua..
- Sejukkan kuih dan potong dan hidangkan...kuih ini lebih mudah dipotong ketika masih hangat sebab masih lembut.
KUIH ABUK-ABUK
Bahan-bahan:
- 2 cawan biji sagu
- 2 cawan kelapa parut putih
- 3 sdb gula merah
- 3 sdb gula pasir
- secubit garam
- 10 calong daun pisang. Lidi penyepit
Cara-cara:
- Basuh sagu dan toskan 5 minit.
- Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
- Campurkan gula merah dengan gula pasir.
- Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.
- Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.
LEPAT PISANG
Bahan-bahan:
- 20 keping daun pisang dipotong segiempat sama
- 4 biji pisang dilenyek halus
- 70gm tepung gandum
- 30gm tepung jagung
- 70gm gula melaka dicincang halus
- 4 sdb pati santan
- secubit garam
Cara-cara:
-
layukan daun pisang dlm air panas selama 30 saat.keringkan.
-
pisang yg sudah dilenyek,dicampur dgn tpg gandum,tpg jagung,gula,garam dan pati santan.
- kalau adunan lembut,tambah tpg gandum skit.sebaliknya,jika keras tambah pati santan lagi.
-
adunan tadi diambil satu sudu besar dan letak atas daun pisang.
-
daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung untuk membungkus.
-
air dlm pengukus biar mendidih dahulu sebelum letak lepat.kukus 20 minit.kemudian tambah air dlm pengukus dan kukus lepat selama 10 minit lagi.
- Selamat Menjamu Selera & Selamat Menambah Amalan di bulan yg mulia ini!
KUIH KERIA / KUIH GELANG
Bahan-bahan:
- 7 biji ubi keledek
- 500gm tepung gandum
- 1 cawan gula
- sedikit garam
- air
- minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Rebus ubi hingga empuk. Keluarkan ke dalam bekas, lenyek-lenyekkan. biar sejuk sebentar. Campurkan garam kedalam ubi tadi dan kemudian tepung dan adun hingga boleh membentuk dan tidak melekat pada tangan (jika masih lembik, boleh tambahkan tepung)
-
Ambil adunan sedikit dan bentukkan bulat. Tekan dan buat leper sedikit (jangan terlalu leper atau nipis) dan kemudian buat lubang di tengah-tengah dengan menggunakan jari. Ulang semula hingga habis. Setelah itu, gorengkan hingga masak.
- Masak gula dan air hingga menjadi agak likat, masukkan ubi yang telah digoreng tadi dan balik-balikan sebentar. Tutup api dan hidangkan.

